Thursday, December 24, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H>>2009
HIJRAH???>>2009
1431H. Macam-macam orang ucap, itu dan ini. Semuanya seputar azam baru di tahun yang baru. Berniat hendak mejadi lebih baik, berniat untuk mempertingkatkan diri. Tetapi, semua ini hanya akan menjadi seperti debu sahaja, andai ia dilakukan semata-mata kerana melepasi sebuah tahun.

1 Muharram, 1001 azam baru muncul dan wujud.

1 Januari, sekali lagi 1001 azam baru muncul.

Namun, apakah azam-azam ini diiringi dengan perancangan? Atau sebut-sebutan dari omongan? Ke arah mana kita berhijrah hakikatnya?

Menjadi hamba Ilahi Yang Berkuasa, atau hakikatnya berhijrah dalam lingkungan perhambaan di dalam dunia juga?

Ke arah mana?

Iman terjemahannya amal, cita-cita terjemahannya perancangan.

Amat pelik untuk saya, orang-orang berazam tetapi tidak pula merancang cara untuk menggapai azamnya. Begitulah juga manusia-manusia yang sibuk bercakap berkenaan Palestin, tetapi tiada perancangan rapi untuk membebaskannya.

Kita sudah penat dengan omongan kosong.

Dunia tidak akan tertawan hanya dengan bicara. Sebuah negara hanya bisa ditakluk dengan usaha. Bukan usaha semberono, tetapi usaha yang penuh dengan perancangan yang bersungguh-sungguh.

Merancang adalah bukti kita punya matlamat yang jelas. Kita nampak ke mana kita hendak berakhir, apa yang kita mahu, dan apa yang kita hendak gapai, maka kita merancang, langkah demi langkah agar kita mampu mencapai apa yang kita harapkan.

Di sinilah baru berlakunya peningkatan. Kita tahu di mana kita hendak berehat, kita sedar di mana kita kejatuhan, dan kita akan nampak apa yang perlu kita muhasabahkan. Dengan perancangan, apabila kita tiba ke titik-titik tertentu, kita akan mampu menaik secara berkadar terus dengan kehidupan, bukannya turun dan naik dengan mengikut keadaan.

Apakah kita merancang wahai diri yang kini menyatakan 1001 azam?
"KELMARIM MEMBERIKAN PENGALAMAN DALAM SETIAP INCI LANGKAH KITA,SEMALAM ADALAH TELADAN SERTA PENGAJARANNYA,DAN UNTUK MENGAHDAPI HARI ESOK,JADIKANLAH KELMARIN DAN SEMALAM ITU SEBAGAI PEDOMAN DALAM MENEROKAI SEBUAH KEHIDUPAN"

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

Followers