Konvoi
hello semua kawan2...kite bertemu lg dalam cerita berikutnya...ni nak citer ni..22,23,24 ari blan jun kami telah adakan reunion batch aku..kami bertolak wkt petang...ptg tu cdgnye nak singgah kat teratak Zibo..tp xksampaian...bila kami sampai kami berehat umah membe aku yg nek Evo tue..aktiviti akn bermula..mlm 2 kami maen futsal dari kul 10-12...layann beb..mlm tu mcm2 skil ade..ade yg kne rembt muke..ada yg menyerlahkan skil joga bonito...aksi2 memg hebat mlm tu..
.kami telah mengadakan konvoi ramai2 ke sekola untuk ambik sijil SPM...kami pergi ke skola dengan menaiki kereta mewah2 yg dipandu daripada membe aku...kete Evo V5 sport rim waja,saga khalid dan xlupa kepada pemandu Mi
ni Cooper 2.0 warna merah n silver...aku respect giler dgn kete deme ni...baru2 sume.. rom merenung jauh mengenangkan nasibnya..
terdapat juga membe yg sempat bermesra dgn guru2...sungguh ayu...pewwit..
jam menunjukkan pukui 1.00 ptg...kami meneruskan perjalanan ke Genting Highland!!
perjalanan mngambil mase 3 jam stgh...tp dsbabkan Evo jambu bersport rim waja & turbo Mini Cooper Nyot yg berhempas pulas guna gear 1 untuk nek ke genting telah memendekkan perjalanan kami...kami berjaya sampai sana dengan mengambil masa 1 jam sahaja...
sampai sana member aku berlagak dgn suhu Genting...haha..rame yg xbawak sweater..bak kata mereka "sejuk syiaaalllll!!!" kami menaiki kereta kabel untuk pergi ke taman tema yg terdapat di sana..haha..
banyak sgt celoteh membe2 aku ni..
ahh!!!tidak!!! sinaran abe!!!
bile sampai sane je...pergh...memg sejuk giler...tp disebubkan badu yg berlagak,dy rilek je dgn memakai baju celsea lengan pendek..dewa sang pon pakai sweater wei..mukenye tenang di sebalik awan..
setelah sampai Genting Skyway..
setelah lelah berjalan untuk ke taman tema...kami pon sampai satu destinasi yg dipenuhi awan...ibarat berada di UK...bile cakap je berasap mulot...aku rase mcm menghembus rokok jer..huh..
memg sonok giler...bnyak tempat2 menarik,,,xsia2 aku nye rm38..haha..
kami semua telah enjoy kt space shot,buaian terbang,small coaster,pirate train,dinosour land...memg seram giler r pirate train..pergh...cabot jantung badu oooo.... kalau la btol2 jd...syukur..
salah seorang rkn kita telah diam seketika kerana xtahan sejukk...beliau demam...
kami berada dalm perjalanan pulang...singgah di batang kali untuk makan...
byk menu2 yg diorder kerana kelaparan...
memg bez la kalu pg gnting...kpd mak2 bpak2 yg nk bawak fmly bercuti,,,bawak le kt genting highland ye...masyukkk!!! akhi ekspedisi ni...
ok r sampai sni je ok....bye2...
CERITE ORG NOGORI!!!
baru2 ni baru pergi negeri sembilan....sebnarnye pg ke KL ade kenduri...tp alang2 berjalan tersulah pg melencong tempat laen...hu3..bes jugak...ari tu pegi pot dickson...aku telah bermalam di sane...mase tu ramai sangt org...aku dah ajak membe n.9 dtg...tp dy tgh bz tlg ayah dy...xpe la kan..mgkin dy dah bese dgn tempt dy...hahaha..
kalo nk tau ni la orgnye..
ha tgk...taf x?? yg blkg
2 nyebok jew..
hehe...encem kan...sape2 yg nk berkenalan dgn org ni..ni ha FB dy izzat
hari tu memg bes sgt...dapat tido kt otel seri malaya..sejuk oo..ada kolam renang ag tu..mase dah ciap pkaian mandi dah...ape lg terjun la...gedebush...hoho...aduh...aduh...sakitnyaaaa...rupa2nyaaa kolam tu cetek je..cis...sakit blkg gua..perghh,...kat sane ramai giler mat salleh...mata kne jage la...hu3...
pesanan>>jge iman korang jgn sampai tergugat okey?? jgn pandang bnde xelok..
ok la sampai sini je la ok..nanti ade lg bnde bes saye letak kt sini...jumpa lg!!!
SALAM MAAL HIJRAH 1431H>>2009
HIJRAH???>>2009
1431H. Macam-macam orang ucap, itu dan ini. Semuanya seputar azam baru di tahun yang baru. Berniat hendak mejadi lebih baik, berniat untuk mempertingkatkan diri. Tetapi, semua ini hanya akan menjadi seperti debu sahaja, andai ia dilakukan semata-mata kerana melepasi sebuah tahun.
1 Muharram, 1001 azam baru muncul dan wujud.
1 Januari, sekali lagi 1001 azam baru muncul.
Namun, apakah azam-azam ini diiringi dengan perancangan? Atau sebut-sebutan dari omongan? Ke arah mana kita berhijrah hakikatnya?
Menjadi hamba Ilahi Yang Berkuasa, atau hakikatnya berhijrah dalam lingkungan perhambaan di dalam dunia juga?
Ke arah mana?
Iman terjemahannya amal, cita-cita terjemahannya perancangan.
Amat pelik untuk saya, orang-orang berazam tetapi tidak pula merancang cara untuk menggapai azamnya. Begitulah juga manusia-manusia yang sibuk bercakap berkenaan Palestin, tetapi tiada perancangan rapi untuk membebaskannya.
Kita sudah penat dengan omongan kosong.
Dunia tidak akan tertawan hanya dengan bicara. Sebuah negara hanya bisa ditakluk dengan usaha. Bukan usaha semberono, tetapi usaha yang penuh dengan perancangan yang bersungguh-sungguh.
Merancang adalah bukti kita punya matlamat yang jelas. Kita nampak ke mana kita hendak berakhir, apa yang kita mahu, dan apa yang kita hendak gapai, maka kita merancang, langkah demi langkah agar kita mampu mencapai apa yang kita harapkan.
Di sinilah baru berlakunya peningkatan. Kita tahu di mana kita hendak berehat, kita sedar di mana kita kejatuhan, dan kita akan nampak apa yang perlu kita muhasabahkan. Dengan perancangan, apabila kita tiba ke titik-titik tertentu, kita akan mampu menaik secara berkadar terus dengan kehidupan, bukannya turun dan naik dengan mengikut keadaan.
Apakah kita merancang wahai diri yang kini menyatakan 1001 azam?
"KELMARIM MEMBERIKAN PENGALAMAN DALAM SETIAP INCI LANGKAH KITA,SEMALAM ADALAH TELADAN SERTA PENGAJARANNYA,DAN UNTUK MENGAHDAPI HARI ESOK,JADIKANLAH KELMARIN DAN SEMALAM ITU SEBAGAI PEDOMAN DALAM MENEROKAI SEBUAH KEHIDUPAN"
Pencarian Sebuah Potrait Cinta
Perkahwinan adalah suatu tuntutan dalam Islam. Antara perkara penting sebelum melangkah ke alam pernikahan ialah hal yang berkaitan dengan pencarian pasangan hidup kerana di sinilah cinta suci lagi halal akan dibina, untuk sama-sama merasai susah senang, jatuh bangun sebuah kehidupan berumahtangga demi melihat pemerkasaan benteng pertahanan Islam terus kukuh dengan lahirnya generasi zuriat sebagai pejuang menggalas kesinambungan para mujahid terdahulu. Rumahtangga tadi sekiranya dibina dengan tapak semaian keimanan, ketakwaan dan kasih sayang serta dipikul penuh amanah, sudah tentu akan bercambah biak kebahagian dalam melahirkan generasi yang soleh dan solehah serta jauh dari pergolakan amukan jiwa memberontak. Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap kepada bakal-bakal suami dan isteri di dalam memilih pasangan hidup. Nabi pernah bersabda;

Saya nak kongsi mengenai apa yang saya dapat hari ni. Hari ni, ditakdirkan Allah, Allah memberi peringatan kepada saya semua mengenai NAFSU. Pagi-pagi saya dah dapat mesej mengenainya, mesej tu berbunyi:
"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya" (Sufyan At-Thauri)
Memang betul, ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita. Bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita, tapi malangnya bilamana iman kita kurang, nafsu yang mengawal dan pandu kita. Nauzubillah.
Sedang saya menyambung bacaan sebuah buku yang masih belum saya habis baca, saya terjumpa mengenai nafsu lagi. Wah, hari ni topik dan peringatan untuk saya mengenai nafsu nampaknya, Alhamdulillah!
Ia adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita. Kuncinya ialah:
"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu, sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai 2/3 akal. Maka tiada jalan lain melainkan SABAR" (Imam As-Syafie)
Subhanallah, besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita. Patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar. Seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran "BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR", dan dalam ayat yang lain "SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR", masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?
Ya Allah, jauhi aku daripada pautan nafsu syaitan durjana ya Allah. Saya teruskan bacaan saya lagi, dalam ayat seterusnya menceritakan mengenai PENCINTA ALLAH, bagaimana SI PENCINTA ALLAH ITU? Apa kaitan dengan nafsu pulak?
PENCINTA ALLAH ITU IALAH: "Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" (Abu Bakar al-Kattani)
Mari muhasabah diri, ada kita punyai ciri-ciri di atas? Jujurnya, saya masih bermasalah dalam mengawal nafsu, maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH. Mengatakan sayang dan cinta amat mudah, tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah, ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri.
Ingatlah kita, NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN! Bila nafsu kuasai diri, ini yang akan terjadi:
"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)
Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana dan kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang yang SABAR.

Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?
Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?
Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..
Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.
Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..
”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”
Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..
Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.
Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..
Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.
Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.
Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..
Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.
Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.
Rasullullah bersabda yang bermaksud : Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang di bawah pimpinan kamu. Seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya,seseorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan kadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya- (Hadith Riwayat Bukhari)
Hadis ini menjelaskan kedudukan pemimpin dalam Islam dan beratnya tanggungjawab yang dipikul setiap Muslim kerana setiap tanggungjawab dan amanah akan disoal dan dintanya Allah pada persidangan Mahsyar di akhirat kelak.
Ia juga mengingatkan manusia agar berhati-hati dan waspada ketika mengangkat seseorang sebagai pemimpin kerana sesiapa yang diangkat sebagai pemimpin dalam masyarakat atau bangsa, maka dia adalah cermin atau biasan masyarakat dan bangsanya.
Mutu pemimpin bergantung dan berkait rapat dengan mutu masyarakatnya. Dengan demikian, kita wajar memerhatikan kebolehan,keilmuan,pengalaman dan keperibadian bakal pemimpin supaya tidak terbawa ke arah kehancuran dan kecelakaan.
Dalam hal ini, Allah berfirman dalam ayat 71, Surah Al-Isra¡¯ ¡° Ingatlah hari kami menyeru setiap kumpulan manusia (umatnya) dengan pemimpinnya. Umat Islam perlu mengambil berat soal memilih pemimpin mereka. Jangan tersalah pilih pemimpin. Kemungkinan besar persepsi yang terpahat di minda bahawa kepimpinan adalah hal keduniaan semata-mata dan tidak mempunyai hubungan dengan urusan ukhrawi.
Islam yang dibawa Rasullullah SAW lengkap dan menyeluruh dalam aspek kehidupan termasuk soal kepimpinan , malah hampir seluruh ayat Al-Quran mendahului ungkapan kepimpinan dengan memberi seruan kepada orang beriman. Justeru, jelaslah Islam sudah mencorakkan kepimpinan sempurna yang sepatutnya diikuti dan diteladani dalam realiti kehidupan seharian.
Allah berfirman dalam surah Ibrahim,ayat 24-25 . Tidakkah engkau lihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pokok yang baik yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buah pada setiap masa dengan izin Allah. Dan Allah mengemukakan perbandingan itu untuk manusia supaya mereka beringat dan mendapat pengajaran.
Ciri-ciri pemimpin menurut acuan Islam yang mampu mencipta keunggulan Ummah seperti berikut :
- · Mesti memiliki pembawaan dan keperibadian berteraskan Islam iaitu seseorang mesti beriman kepada Allah dan bertakwa dalam segala tindak-tanduknya. Inilah maksudnya pohon yang baik.
- · Berkemampuan berdepan dengan segala bentuk perubahan dan tentangan yang bakal menguji kewibawaan dan keupayaan dalam menangani sesuatu isu dan kes serta mampu mengatasi sebaik mungkin. Inilah ertinya dahan yang menjulang tinggi ke langit.
- · Mampu mempersembahkan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada orang bawahannya dengan misi yang dirancangnya, Ini pula daripada erti buah yang segar.
- · Pemimpin berkenaan mesti sentiasa ingat kepada Allah, sentiasa patuh dan tunduk kepada segala tuntutan Islam dan tidak pernah menyeleweng daripada landasan Islam yang lurus, malah dia sentiasa memohon petunjuk Ilahi dan hidayahNya supaya sentiasa berada di bawah InayahNya.
